Thursday, March 5, 2015

Farm In The City, Seri Kembangan 2015

14 Februari 2015 - Kami sekeluarga bersama nenek ke Farm In The City di Seri Kembangan. Sebenarnya ibu mencari tempat alternatif yang lain selain ZOO Negara. Ini kerana Maryam Sofya masih kecil dan agak tidak sesuai ke zoo yang keluasannya besar dan cuaca agak panas ketika itu. Saya berpendapat tempat ni sangat menarik dan sangat sesuai untuk bawa anak-anak kecil berjalan-jalan. Kenapa menarik? Ini sebabnya :

a.  Tempat ni tenang..Banyak pokok-pokok yang ditanam di keliling kawasan. Walaupun cuaca agak panas ketika itu, kami selesa berjalan-jalan disana.

b.  Terdapat pelbagai haiwan yang ibu sendiri tak penah tengok..unik jgk haiwan-haiwan yang ada di sana.

c.  Pengunjung dibenarkan memberi makanan dan pergi dekat ke haiwan-haiwan yang ada. Makanan haiwan disediakan secara percuma dan akan diberi kepada pengunjung oleh penjaga disana. Tapi tak semua haiwan tau..berani ke nak bagi makan kat ular...hehe...

Kami sampai agak lewat jugak di sana. Kami plan nak bergerak pagi sebenarnya tapi atas sebab-sebab tertentu, kami sampai dalam 1245. Kami ingatkan mesti ramai orang masa tu..tetapi tidak sebenarnya...tak lah ramai sangat...

Ibu, bila nak sampai..Maryam tak sabar dah..hehe

Sebelum masuk, kami beli tiket dulu...Harga tiket masuk ke Farm In The City ialah RM 30 untuk dewasa, RM 25 untuk kanak-kanak dan warga emas. Kanak-kanak yang tak sampai tinggi 90cm dikira percuma.

Masuk je kami jumpa kura-kura dulu.. Ya Allah, besarnya kura-kura kat sini. Pertama kali kami lihat kura-kura sebesar tu..Penjaga di sana bagi kami sayur untuk bagi makan pada kura-kura..

Besarkan kura-kura ni

Ibu pun takut nak dekat

Maryam takutlah..

Kami selfie bersama ular diatas..Ular tu tgh nyenyak tido..hehe

Ibu ada apa dalam ni...ada ular lah maryam..tgk atas pulak...ular tu kat bawah...

Boleh bagi makan kat burung-burung...

Itik pun ada..mcm-mcm jenis2 ada...
Nenek bagi makan kat itik

Maryam tunjuk ape tu..

Rabbit


Banyaknya ikan...


Landak yang sangat besar...

Ini lah anak ayam..

Dua-dua comel...

Telur apa ni..besarnya...

Maryam tak sampai hatilah nak pijak telur ni....

Ehhh,,,ada Meerkat lah...

Sebenarnya banyak lagi haiwan tapi tak semua yang kami amik gambar...Bagusnya tempat ni, banyak disediakan tempat cuci tangan...lepas pegang mcm2 haiwan, boleh lah cuci tangan ye...Selesai saje pusing-pusing, kami singgah cafe yang ada kat sana...Cafe ni mmg terbaik...makanan sedap...nasi lemak dia best...mak pun suka makan kat sini..tak perlu pergi tempat lain..mmg rekemen makan kat cafe tu..

Selesai makan, kami pun keluar..Sebelum keluar tu, Maryam diberi sijil..ibu lupa nak amik gambar sijil..dan kami singgah di kedai souvenir..macam2 patung haiwan ada..tapi ibu belikan Maryam topi pink..hehe...


Ada juga kedai menjual bintang peliharaan mcm kucing, ikan, hamster kat sana.. Kucing yang harga RM3k pun ada...hehe...Selesai semua nya, kami pun pulang ke rumah...dan Farm In The City mmg best... :)






1 comments:

zaidinzain said...

Seronoknya Maryam.. nanti dah besar sikit kita gi tgk binatang kat safari pulak ye... :P

 

Kembara Maryam Template by Ipietoon Cute Blog Design