Salam semua. Entri pertama KembaraMaryam untuk blog ni.
6 Jun 14 - Maryam Sofya ke Taman
Burung Kuala Lumpur bersama ayah dan ibu.. eh..tentulah bersama ayah dan
ibu..terror nye Maryam kalau gi sorang-sorang…hehe… Sebenarnya kami tak tahu
nak ke mana.. Nak ke zoo tapi nak tunggu Maryam besar sikit.. So kami decide
bagi Maryam kenal bird dulu..Mula-mula kami anggap Taman Burung ni kecik je..so
ingatkan harga tiket pun tak lebih dari RM10.. Tapi harga tiket sebenarnya
RM25.. Ni panduan harga tiket dan masa buka..
Konsep Taman Burung ni ada burung
yang dalam sangkar..ada juga yang dilepaskan begitu je..meh tgk gambar Maryam
dengan burung..
Mula-mula
ibu takut nak letak Maryam dekat dengan burung tu..sebab takut kena patuk...
Rupa-rupanya Maryam lagi berani dari ibu.. :)
Letih sangat lah tu.. hehe...
Kat taman burung ni ada banyak pondok2 untuk berehat. Sambil berehat, Ibu amik kesempatan untuk susukan Maryam. Maryam boleh tido pulak lepas menyusu... panas2 pun sempat tido lagi Maryam ni..
Pastu kami gi tgk bird show. Bird show ada dua kali sehari.. kul 1230 dgn 1530.. Masa kat sini baru nampak ramai orang...Maryam excited tengok orang ramai...pastu dia lagi seronok bila orang ramai tepuk tangan... haha...
Walaupun Maryam masih kecil dan tak memahami lagi tapi ini adalah salah satu proses pembelajaran bagi dia. Maryam dapat melihat pelbagai warna, pergerakan dan juga menikmati nature and its good for baby!!! ;)