Friday, October 31, 2014

Cherating : Pantai Cherating & Santuari Penyu

Cerita 2 : Hari kedua kami di Cherating dan nak balik dah hari ni. Pagi tu kami sarapan di hotel. Tempat makan dekat dengan pantai. Lepas makan terus kami ke pantai.


Maryam Sofya happy, ayah ibu pun happy
Maryam Sofya 7 bulan
Tapak Kaki Maryam Sofya

Keluarga Maryam Sofya

Sebelum pulang ke KL, kami singgah ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu yang berdekatan dengan Club Med. Tiada fee dikenakan untuk masuk tempat ni. Dekat reception tu ada buku tulis nama pelawat dan ada jual souvenior kat situ. Waktu lawatan ialah pada hari Selasa hingga Ahad mulai jam 0930 sampai 1630. Jom tengok gambar penyu..hehe..


Cherating: Stuffed Crab, Sata & Holiday Villa.

Cerita 1. Salam semua…16 Ogos 2014..Maryam Sofya sekeluarga plan nak ke Cherating. Kami bergerak dari rumah nenek Maryam Sofya di Cheras Baru dalam kul 9.15 pagi..Ayah yang drive..Ibu dan Maryam duduk di belakang seperti boss..hehe…

Sempat kami berselfie bertiga di dalam kereta..hehe

Lepas tu ayah je lah yang masih berjaga dalam kereta tu..kami berdua dah lena dibuai mimpi…

Ayah terus bawak kami ke Kemaman untuk gi makan. Kami ada search di internet makanan apa yang must try kat area Kemaman ni.. Kami jumpa ramai yang review pasal stuffed crab..nampak best dalam gambar2 blog diaorg..so kami pun try makan kat Restoran Tong Juan.

Restoran Tong Juan di Kemaman

“Ibu, apa menu untuk saya? Saya boleh makan ketam ke?”

Nasi Goreng, Stuffed Crab, Sotong Tepung & Tofu


Meh ibu pulak yang review stuffed crab ni.. stuffed crab ini disalut dengan tepung yang rangup dan isi kat dalam tu penuh dengan isi ketam yang dah dimasak dengan carrot.. banyak jugak isi ketam yang diisi dalam kulit ketam tu.. ibu rasa satu ketam tu cukup dah untuk sorang makan. Kalau jenis makan sikit, satu tu boleh kongsi dua orang.

Habis makan, kami terus kan perjalanan ke Cherating.. Ayah dah booking kat Holiday Villa Cherating. Best tempat ni..staff kat reception pun peramah..dukung Maryam tgk ikan dalam akuarium…hehe…

“Eh, sapa pulak dia ni” kata Maryam Sofya

Maryam Sofya & Ayah

Yeahhh..ni lah rumah kami untuk dua hari di Cherating

Maryam Sofya explore katil..

Sebelah petang kami cari kedai jual sata. ada satu kedai sata yg favourite kami dekat dengan Masjid Geliga. Tapi kedai tu tutup..hampa...so, kami pun singgah kedai lain. 



"Ibu..apa ni?" 

"Maryam nak boleh?" 

Dah abiz makan, kami order utk bungkus pulak. oleh-oleh utk org kat KL...  hehe... Sampai hotel masuk dalam fridge..smpai KL nanti panas semula dalam microwave..Balik dari makan sata, kami berendam dalam kolam renang..hehe..




Tuesday, August 19, 2014

Taman Burung Kuala Lumpur / KL Bird Park


Salam semua. Entri pertama KembaraMaryam untuk blog ni.

6 Jun 14 - Maryam Sofya ke Taman Burung Kuala Lumpur bersama ayah dan ibu.. eh..tentulah bersama ayah dan ibu..terror nye Maryam kalau gi sorang-sorang…hehe… Sebenarnya kami tak tahu nak ke mana.. Nak ke zoo tapi nak tunggu Maryam besar sikit.. So kami decide bagi Maryam kenal bird dulu..Mula-mula kami anggap Taman Burung ni kecik je..so ingatkan harga tiket pun tak lebih dari RM10.. Tapi harga tiket sebenarnya RM25.. Ni panduan harga tiket dan masa buka..


Konsep Taman Burung ni ada burung yang dalam sangkar..ada juga yang dilepaskan begitu je..meh tgk gambar Maryam dengan burung..

Mula-mula ibu takut nak letak Maryam dekat dengan burung tu..sebab takut kena patuk...

Rupa-rupanya Maryam lagi berani dari ibu.. :)

Kat taman burung ni ada banyak pondok2 untuk berehat. Sambil berehat, Ibu amik kesempatan untuk susukan Maryam. Maryam boleh tido pulak lepas menyusu... panas2 pun sempat tido lagi Maryam ni..


Letih sangat lah tu.. hehe...

Pastu kami gi tgk bird show. Bird show ada dua kali sehari.. kul 1230 dgn 1530.. Masa kat sini baru nampak ramai orang...Maryam excited tengok orang ramai...pastu dia lagi seronok bila orang ramai tepuk tangan... haha...



Abiz je bird show tu kami pun pulang..sebelum pulang kami bertiga selfie dulu.. ;)

Walaupun Maryam masih kecil dan tak memahami lagi tapi ini adalah salah satu proses pembelajaran bagi dia. Maryam dapat melihat pelbagai warna, pergerakan dan juga menikmati nature and its good for baby!!! ;) 



 

Kembara Maryam Template by Ipietoon Cute Blog Design