Salam Maryam Sofya.. Ibu sambung cerita percutian kita sekeluarga ke Sabah..Hari Kedua, selepas mandi kolam kita sekeluarga bertolak ke Kundasang. Check out hotel jam 1030 dan mulakan perjalanan ke Kundasang.
 |
Kenderaan di Sabah. |
Sebenarnya ayah dan ibu pernah ke Kundasang sebelum ni. Oleh itu, ayah agak familiar dengan jalan dan tempat-tempat di sana. Sebelum ke Kundasang, kita sekeluarga ke Tagal Sungai Moroli di Ranau. Apa ada kat sana?? Ada banyak ikan..ikan yang suka gigit kaki orang...hehe...
 |
Ibu dan Maryam Sofya |
Ramai juga orang masa kita sampai di sana. Ayah beli tiket dan ada nombor untuk setiap keluarga. Pengunjung perlu tunggu giliran dan nombor akan disebut untuk masuk ke kawasan tagal. Setiap keluarga di beri masa antara 15 minit ke 20 minit. Harga tiket untuk orang dewasa ialah RM 5 dan RM 2 untuk kanak-kanak. Dan semestinya tiada bayaran yang dikenakan untuk Maryam. Harga tiket di atas untuk yang nak celup kaki je.. Tapi kalau nak berendam satu badan dikenakan bayaran lain iaitu RM10. Makanan ikan juga ada dijual di kaunter.
 |
Sekitar kawasan tagal |